Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan juga pelakon jelita Rozita Che Wan telah tampil memberikan sokongan mereka buat mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad atas  krtikan dan persoalan yang dihapadinya ketika memberikan pandangan terhadap institusi kepimpinan negara baru-baru ini.
Datuk Siti Nurhaliza telah memuji usaha keras Tun M dan pelbagai cabaran yang harus ditempuh demi membangunkan Malaysia sebagai negara yang maju dan dikenali di mata dunia.
Love u Tun & sentiasa bersama Tun..Sejarah kepimpinan Tun mengharungi pelbagai cabaran &dugaan membangunkan Malaysia hingga terkenal di mata Dunia patut kita hargai serta contohi..Tiada yang Muda Kalau tidak kerana Orang Tua.
Buat Che Ta pula, beliau akan tetap menyokong perjuangan Tun M dan percaya ramai lagi rakyat Malaysia dan pengikut setia akan selalu berada di belakang Perdana Menteri Malaysia ke 4 itu.
Tun tidak keseorangan..kami sentiasa teguh di belakang. Tapi kami ni orang marhain, siapa nk dengaq dengar soqa kami.
Kenyataan itu timbul selepas Tun M menulis tentang dirinya kini keseorangan  ketika membangkitkan kritikan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad telah banyak berjasa dalam memajukan negara Malaysia. Antara usahanya adalah dengan mewujudkan sistem kepimpinan yang cukup sistematik ketika beliau menjadi Perdana Menteri dan mengajar anak-anak Melayu kita untuk terus bangkit meskipun dalam kepayahan agar menjadi bangsa yang berguna kelak.