Datuk Shake Dipilih Sebagai Pengetua AF 2016

Hiburan

Datuk Shake Dipilih Sebagai Pengetua AF 2016

Akademi Fantasia 2016 telah pun bermula dan semalam teka teki mengenai siapakah yang bakal dilantik sebagai pengetua telah terjawab apabila penyanyi terkenal pada tahun 80 an iaitu Datuk Shake telah diumumkan sebagai pengetua AF 2016.

Advertisement

Pengumuman it dibuat menerusi siaran langsung konsert pertama AF 2016 semalam yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Untuk pengetahuan semua, Datuk Shake  mula mencipta nama dalam bidang seni di peringkat antarabangsa apabila single berjudul You Know I Love You mendapat sambutan hebat di Perancis termasuk negara Eropah pada awal 1980-an.

Antara lagu berbahasa Melayu popular nyanyiannya pula ialah Ummi, Pulanglah, Kau Bungaku dan Anugerah Dari Kegagalan.

Pengalaman beliau dalam bidang seni ini cukup luas dan sememangnya layak untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang pengetua.

Berbicara mengenai peserta AF 2016 pula, tahun ini ada dua orang peserta wanita bukan Melayu iaitu areshma Martin John Patrick, 18, dan Jasper James Supayah, 23.

Manakala, lima peserta wanita lain ialah Nur Hafizah Longkip, 23, Nurfarrah Izzatie Johari, 19, Nurul Rahils Rashun, 20, Isyariana Che Azmi, 26 dan Siti Aishah Abdul Razak, 20.

Sementara tujuh lelaki yang dipilih menyertai AF2016 pula terdiri daripada Mohamad Ammal Shafiq , 21, Amir Syazwan Masdi, 20, Muhammad Ikram Kamaruzzaman, 26, Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, Azarul Rais Mansor, 22, Halmy Hamizan, 23, dan Mohamad Fara Aidid Ali Dad Khan, 23.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Zizan Razak masih lagi kekal sebagai pengacara AF 2016 tetapi beliau bergandingan bersama Alif Satar untuk tahun ini.

Barisan tenaga pengajar pada tahun ini ialah tenaga pengajar lain ialah Edry Abdul Halim ( Pengarah Seni Muzik), Linda Jasmine ( Guru Tarian & Koreografi) dan Shahrolbahri (Guru Vokal). Kali ini ada dua wajah baharu di AF iaitu pelakon cukup berbakat Ellie Suriaty dan penyanyi dangdut popular dan terkenal dengan sifat terus-terang, Mas Idayu.

Ellie memikul tanggungjawab sebagai Guru Seni Persembahan dan Mas Idayu pula sebagai Guru Persembahan Vokal.

Adakah Akademi Fantasia pada tahun ini mampu menarik perhatian penonton dan memberikan kelainan?  Ada yang sudah menonton konsert pertama AF semalam? Sila berikan komen anda dibawah.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...