Tidak kami nafikan pengasas kosmetik Datuk Seri Vida cukup berani mencuba benda baharu dan kini beliau juga sudah bergelar penyanyi apabila melancarkan lagu pertama beliau, I AM Me baru-baru ini.
Datuk Vida menerima pelbagai kritikan daripada netizen termasuk tentang cara beliau menyebut perkataan I AM Me yang seakan berbunyi seperti “ayam mi”. Walaubagaimanapun, Datuk Vida memberitahu sebutan perkataan tersebut memang sengaja dilakukan agar ia lebih sedap didengar.
Kita nak sesuatu yang catchy dan menarik bila didengar. I am, I am sampai jadi ayam, ayam, ayam. Kalau ikutkan bukan ayam saja bunyi kucing pun ada ‘miow’. Ada juga yang kata bahasa Inggeris saya berbunyi begitu kerana slang bahasa Kelantan. Tidak kisahlah nak cakap apa.
Meskipun menerima pelbagai kritikan, Datuk Vida merasa puas hati kerana lagu ciptaan Edry Abdul Halim itu bukan sahaja hangat diperkatakan di Malaysia tetapi di negara jiran iaitu Indonesia.
Nampaknya kritikan terhadap lagu Datuk Vida memberikan kebaikan buat beliau kerana ia sudah dikenali juga di negara lain. Malah, video lirik lagu tersebut juga sudah hampir mencecah 400,000 tontonan di YouTube. Mungkinkah Datuk Vida boleh mencetuskan fenomena? Hehe..