Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Datuk Seri Vida Tiada Kuasa Tarik Kemenangan Aishah – Astro

Gara-gara berang dengan tindakan Aishah yang mendakwa rantai berlian pemberian beliau adalah palsu, Datuk Seri Vida sebelum ini mahu kejuaraan penyanyi itu dalam Gegar Vaganza 4 ditarik balik dan berpendapat Aishah hanya layak mendapat tempat kesepuluh dalam pertandingan tersebut.

Advertisement

Walaubagaimanapun, pengurus saluran Astro Ria, Emarina Kamal menjelaskan pihak penaja tidak mempunyai sebarang kuasa untuk menetukan pemenang mahupun menarik balik keputusan yang telah dibuat.

Pihak penaja termasuklah untuk GV4 tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memilih pemenang atau menarik balik keputusan. Penaja juga tidak boleh mempengaruhi keputusan rasmi yang telah dibuat kerana format penjurian adalah tertakluk seratus peratus pemarkahan oleh juri profesional.

Segala keputusan rasmi juga telah dinilai dan disemak oleh badan audit bertauliah yang dilantik bagi memastikan proses penjurian dilakukan secara telus dan adil.

Terdahulu, DSV juga menegaskan beliau sama sekali tidak akan menggantikan rantai berlian didakwa palsu yang diberikan kepada Aishah itu dengan wang tunai atau apa pun barang kemas yang lain. Beliau hanya mahu berikan Lavida Coin yang dikatakan lebih tinggi nilainya.

Advertisement

Namun, Aishah tidak mahu lagi sebarang pemberian dan hanya menuntut jutawan kosmetik itu memohon maaf kerana menipu.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

68 Comments

  1. Anonymous

    September 9, 2018 at 8:45 pm

    Vida De Fake

  2. Sabri Ali @ Nick

    August 30, 2018 at 11:58 pm

    TWO REASONS TO BOYCOTT DSV: PAMOGA contains MORE SUGAR and LAVIDA COIN is A SCAM

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama