Sebelum ini banyak kes scammer profesional memperdaya mangsa melalui telefon sehingga mengakibatkan kerugiaan jutaan ringgit. Kes yang sama juga nyaris berlaku kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida apabila seorang lelaki mendakwa dirinya sebagai pengawai bank memaklumkan akaun peribadi Vida telah dibekukan kerana mempunyai tunggakan pinjaman peribadi bernilai RM30,000.
Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa kerana semua nombor telefon yang tertera memang betul, sama ada dari IPK atau bank serta setiap data peribadi yang dimaklumkan juga tepat.
Namun, saya mula terkejut sebaik dimaklumkan akaun berkenaan terpaksa dibekukan kerana ada individu menyalahgunakan akaun terbabit bagi aktiviti pengedaran dadah. Beberapa panggilan terbabit turut bertanyakan mengenai butiran peribadi, termasuk akaun simpanan Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Sudah membuat laporan polis berhubung kes penipuan tersebut, Vida turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta tidak terpedaya dengan mana-mana panggilan telefon yang meminta mereka mendedahkan data peribadi.