July 19th, 2017

Kelincahan dan aksi bersahaja Datuk Seri Vida sememangnya sering menjadi perhatian netizen. Hampir setiap hari juga beliau menerima pelbagai kritikan apatah lagi selepas melancarkan single terbarunya, I Am Me.

Mungkin ada yang menganggap Datuk Seri Vida kalis dengan kata-kata negatif tetapi sebenarnya perasaan beliau terguris apabila ada yang menggelar beliau badut.

Kadang-kadang saya terkasima dengan perkataan yang tak terjangka akan keluar. Ada yang kata saya badut, Oh My God, itu adalah sesuatu yang paling menyakitkan hati, tapi nak buat macam mana mereka tak memahami saya.

Gemar mencetuskan kelainan, Datuk Seri Vida akui mungkin ia salah satu sebab beliau dikatakan “syok sendiri”.

Syok sendiri apa, saya kena berkarya cara saya, tak boleh duduk diam dengan benda yang stereotype atau benda yang sama. Saya sukakan sesuatu yang berlainan, itu cara saya sebab tu kadang-kadang orang kata saya trend setter, saya leading, ada kata saya idealis, Alhamdulillah.

Walaubagaimanapun,  pengasas kosmetik tersebut akan berusaha untuk membuktikan apa yang beliau lakukan itu dapat melariskan perniagaannya meskipun terpaksa menghadapi pelbagai kecaman daripada orang ramai.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...