Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Datuk Seri Vida Enggan Ulas Hubungan Mesra Dengan Pelakon Lelaki Berstatus Suami Orang

Kehadiran pelakon Putra Amaris yang sentiasa muncul dalam beberapa video yang dimuat naik oleh Datuk Seri Vida mengundang pelbagai spekulasi. Umum mengetahui, sebelum ini DSV pernah rapat dengan digosipkan bercinta dengan bekas PA beliau, Ahmad Iqbal Zulkifli yang kini sudah dipecat dan tidak lagi bekerja dengan syarikat kosmetik milik DSV.

Kini DSV sangat mesra dengan Amaris dan membuatkan ramai yang tertanya apakah status hubungan mereka berdua?  Namun, DSV enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau berskandal dengan Amaris dan hanya menjelaskan mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.

Advertisement

Kenal dah lama, adalah dalam 5 tahun tapi ketika itu saya tak layan pun.  Cuma bila saya nak casting untuk klip video baru saya tu, Amaris mesej saya lagi. Katanya dia nak kerja dengan saya.  Dari situ baru kami rapat. Fasal hubungan tu pula entahlah, tak tahu nak cakap macam mana, wait and see time will tell.

Amaris & isteri

Untuk pengetahuan anda, Amaris sudah mendirikan rumah tangga pada 5 Januari lalu. Berbicara mengenai perkara itu, DSV akui beliau tidak suka dengan suami orang dan tidak mahu hidup bermadu. Bagaimanapun, buat masa ini beliau seakan keliru.

Saya pernah berada dalam situasi bermadu itu.  Saya tak suka.  Jadi sebab itulah saya tak suka laki orang tapi takut juga jika kata-kata termakan diri sendiri nanti.  Tak tahu nak cakap macam mana. Buat masa ini saya go with the flow je la.

Tidak mustahil kemesraan mereka berdua ini juga hanya sekadar gimik untuk melariskan produk keluaran DSV. Biasalah, dalam berniaga pasti akan ada banyak taktik untuk menarik pelanggan, yang penting viral.

Sumber Berita : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

43 Comments

  1. unknown

    July 26, 2018 at 10:54 am

    firasat ak laki yg dekat dgn dsv suma nak harta ja.. kl ikut logik akal ada ke laki nak buat wife perempuan yg tergedik sana sini dengan perangai yg ntah apa2.. she has to change 1st..

  2. kak melah

    July 26, 2018 at 10:02 am

    tok vida..pleaselh jgn caras laki org…org tu baru jer kawen..makin lame makin teruk dah mok cik ni tengelam dlm harta dunia yg fana…

  3. cik kepinah

    July 26, 2018 at 9:08 am

    2 perkataan jer – gatai bijik!

  4. kak beyonce

    July 26, 2018 at 3:56 am

    kain kapan dh melambai…si tua ni xreti nk dok diam ke…aku rse dh kemaruk sgt dia ni…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top