Kehadiran pelakon Putra Amaris yang sentiasa muncul dalam beberapa video yang dimuat naik oleh Datuk Seri Vida mengundang pelbagai spekulasi. Umum mengetahui, sebelum ini DSV pernah rapat dengan digosipkan bercinta dengan bekas PA beliau, Ahmad Iqbal Zulkifli yang kini sudah dipecat dan tidak lagi bekerja dengan syarikat kosmetik milik DSV.
Kini DSV sangat mesra dengan Amaris dan membuatkan ramai yang tertanya apakah status hubungan mereka berdua? Namun, DSV enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan beliau berskandal dengan Amaris dan hanya menjelaskan mereka sudah lama mengenali antara satu sama lain.
Kenal dah lama, adalah dalam 5 tahun tapi ketika itu saya tak layan pun. Cuma bila saya nak casting untuk klip video baru saya tu, Amaris mesej saya lagi. Katanya dia nak kerja dengan saya. Dari situ baru kami rapat. Fasal hubungan tu pula entahlah, tak tahu nak cakap macam mana, wait and see time will tell.

Amaris & isteri
Untuk pengetahuan anda, Amaris sudah mendirikan rumah tangga pada 5 Januari lalu. Berbicara mengenai perkara itu, DSV akui beliau tidak suka dengan suami orang dan tidak mahu hidup bermadu. Bagaimanapun, buat masa ini beliau seakan keliru.
Saya pernah berada dalam situasi bermadu itu. Saya tak suka. Jadi sebab itulah saya tak suka laki orang tapi takut juga jika kata-kata termakan diri sendiri nanti. Tak tahu nak cakap macam mana. Buat masa ini saya go with the flow je la.
Tidak mustahil kemesraan mereka berdua ini juga hanya sekadar gimik untuk melariskan produk keluaran DSV. Biasalah, dalam berniaga pasti akan ada banyak taktik untuk menarik pelanggan, yang penting viral.