Umum mengetahui usahawan, Datuk Seri Vida seorang yang sangat pemurah dan selalu memberikan sumbangan kepada pusat tahfiz, anak-anak yatim, ibu tunggal serta mereka yang memerlukan untuk membuat amal kebajikan.
Meskipun sudah berjaya, DSV tetap tidak lupa akan soal agama dan sikapnya yang sering berbuat baik dengan orang lain dijadikan idola orang ramai.
Namun, baru-baru ini ada tuduhan liar yang mendakwa DSV mempergunakan sekolah agama demi kepentingannya sendiri. Betul ke?
Menerusi satu perkongsian di laman Facebook PW Community, DSV dikatakan mempergunakan sebuah sekolah agama di Terengganu sehingga sekolah tersebut menjadi stokis bagi produk keluaran syarikatnya. Sekolah itu harus bekerja keras untuk menjual semua stok yang ada jika mahu mendapat habuan.
Walaupun berita ini sudah tersebar luas di media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi, DSV bagaimanapun sehingga saat ini belum memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.