July 13th, 2018

Umum mengetahui usahawan, Datuk Seri Vida seorang yang sangat pemurah dan selalu memberikan sumbangan kepada pusat tahfiz, anak-anak yatim, ibu tunggal serta mereka yang memerlukan untuk membuat amal kebajikan.

Meskipun sudah berjaya, DSV tetap tidak lupa akan soal agama dan sikapnya yang sering berbuat baik dengan orang lain dijadikan idola orang ramai.

Namun, baru-baru ini ada tuduhan liar yang mendakwa DSV mempergunakan sekolah agama demi kepentingannya sendiri. Betul ke?

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook PW Community, DSV dikatakan mempergunakan sebuah sekolah agama di Terengganu sehingga sekolah tersebut menjadi stokis bagi produk keluaran syarikatnya. Sekolah itu harus bekerja keras untuk menjual semua stok yang ada  jika mahu mendapat habuan.

Walaupun berita ini sudah tersebar luas di media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi, DSV bagaimanapun sehingga saat ini belum memberikan sebarang komen lanjut mengenainya.

Sumber Berita : PW Community


23 responses to “Datuk Seri Vida Didakwa Menipu Dan Perguna Sekolah Agama?”

  1. kecik says:

    btw.. PW community ni semua benda dia nak kondem.. sekian.

    • greenfingers says:

      Yg dia kondem tu sume geng2 MLM, doula xbertauliah n penjual kosmetik n ubat yg overclaimed. Mestila byk bnda dia nk kondem sb bnda2 mcm tu byk sgt dh skang. Ko jual ubat vitamin biasa, tp ko overclaimed boleh sembutkan 99 penyakit, pastu jual rege yahudi. Kalau ko jual vitamin biasa mcm yg byk jual kat drugstore tu, xda mslh beb.

  2. Anonymous says:

    sekolah agama syeikh abdul malik bukan pondok tahfiz tu ye..sekolah agama yang terkenal dekat sana..nak masuk sana pon UPSR dapat 6A pon belum tentu lepas masuk

  3. Anonymous says:

    Sek men agama syeikh Abdul Malik bukan sekolah tahfiz ye

  4. Anonymous says:

    Sebenarnya cikgu2 ni terpaksa cari dana seniri kalau nak upgrade sekolah. Mcm nak buat dewan ke, beso kantin ke, cat ke. carilah dana seniri.
    Jadi panggillah DSV ni. Salahnya DSV mempergunakan sekolah(jika betullah)
    Bantulah dgn ikhlas

  5. Anonymous says:

    org kelantan takde lah nak maki dsv ni kan… si penunggang agama… produk dah tak laku paksa cikgu sekolah jual… cer tajuk aliff syukri berduyun kutuk bisnes org tu… respek aku kt aliff syukri tu lagi…

Loading...