Datuk Seri Vida Dedah Bekas Suami Tidak Beri Nafkah Sejak 2008

Hiburan

Datuk Seri Vida Dedah Bekas Suami Tidak Beri Nafkah Sejak 2008

Mendakwa bekas suaminya tidak memberi nafkah bulanan kepada empat anak mereka sejak mereka berpisah 12 tahun lalu, jutawan kosmetik penuh sensasi Datuk Seri Vida tampil buka mulut berhubung kisah rumah tangganya.

Advertisement

Menurutnya, berikutan tuntutan hadhanah yang difailkan bekas suaminya, Mohd. Amin Yasin, beliau kini sudah melantik peguam bagi berdepan kes tersebut.

“Saya sedang berbincang de­ngan peguam. Sekiranya perlu, saya akan hadir ke mahkamah untuk bersemuka demi ke­selamatan anak-anak.”

Terdahulu, kecoh di laman sosial apabila bekas suami pertama Datuk Seri Vida mendakwa beliau dihalang untuk bertemu dengan dua anaknya, Cik B dan Kacak.

Lebih perit, menerusi laporan Kosmo! bekas suaminya itu juga turut mendakwa, kali terakhir beliau bekesempatan bertemu dua anaknya itu adalah pada Mei 2018 di Ipoh dan hanya dibenarkan berjumpa selama 15 minit sahaja.

Sumber: Kosmo!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...