Datuk Seri Vida bukan sahaja seorang usahawan yang berjaya tetapi merupakan seorang ibu yang cukup prihatin terhadap anak-anaknya. Meskipun beliau sibuk, Datuk Seri Vida pasti akan cuba untuk meluangkan masa dengan anak-anaknya.
Baru-baru ini, Datuk Seri Vida telah memuat naik beberapa foto anaknya dan pada masa yang sama meluahkan rasa terkilan apabila ada mulut-mulut jahat yang mengutuk wajah dan warna kulit anak perempuannya, Cik B.
Menurut Datuk Seri Vida, kulit Cik B hitam kerana anaknya itu suka untuk melakukan aktiviti lasak diluar. Cik B juga tidak suka untuk berhias dan mahu menjalani kehidupan biasa sebagai kanak-kanak berusia 12 tahun.
FOTO-FOTO CIK B SEWAKTU KECIL
Hati ibu mana yang tidak terasa bila ada orang yang mengutuk anak mereka bukan? Bersabarlah Datuk Seri Vida, kita tidak boleh nak tutup mulut orang. Apa-apa pun, kita tidak seharusnya mengutuk ciptaan Allah SWT yang sudah cukup sempurna.