Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan hasrat untuk melawat Gaza, Palestin bagi tujuan menyantuni pelajar dan juga guru Sekolah Afwa Al-Aafiyah yang dibina Yayasan Nurjiwa.
Siti berkata, meskipun sekolah itu musnah dibom zionis sebelum ini, semangat juang kanak-kanak dan juga tenaga pengajar yang masih meneruskan pembelajaran ternyata telah menyentuh hatinya.
Saya memang berhasrat ingin ke Gaza untuk berjumpa dengan guru-guru serta pelajar-pelajar Sekolah Afwa Al-Aafiyah sekiranya keadaan sudah aman dan tenang.
Walaupun sekarang gencatan senjata namun belum dapat dipastikan keadaan di Palestin aman terus aman. Suami turut menasihatkan agar tunggu situasi benar-benar pulih.
Tambah penyanyi itu lagi, pihak mereka sentiasa memantau situasi di Palestin menerusi perkongsian info daripada seorang guru yang dikenali Dr. Mohanad serta sukalerawan yang bertugas.
Sebagai penyumbang bantuan dana ke Palestin, kami di Yayasan Nurjiwa bersyukur masih dapat berhubung dengan Dr Mohanad yang banyak membantu menguruskan hal ehwal kira-kira 100 pelajar dan lapan guru di sana.
Kini, saya dimaklumkan warga sekolah Afwa Al-Aafiyah semuanya selamat dan berada di Khan Yunis iaitu kawasan persisir pantai. Kita di Malaysia teruskan berdoa agar pergolakan ini berakhir.
Maklumnya lagi, Yayasan Nurjiwa tetap meneruskan penghantaran bantuan untuk guru, pelajar, sukarelawan serta penduduk Palestin dari segi makanan dan pakaian musim sejuk.
Terdahulu, Siti pernah berkunjung ke wilayah bergolak itu dan sempat berkunjung ke Masjid Al-Aqsa pada tahun 2017.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.