Datuk Seri Macau Scam Peruntuk RM4 Juta Sebulan, ‘Belanja’ Polis Dan Orang Berpengaruh

Trending

Datuk Seri Macau Scam Peruntuk RM4 Juta Sebulan, ‘Belanja’ Polis Dan Orang Berpengaruh

Meskipun, Addy Kana dan Leong Yeong dikatakan tidak terlibat, namun menerusi perkongisan terbaru Harian Metro, perkara sebaliknya dilihat berlaku.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, hasil siasatan mendapati, kedua-dua individu terbabit merupakan ejen sindiket didalangi warga China yang menjalankan kegiatan Macau Scam, penipuan pelaburan pertukaran mata wang asing (Forex) dan perjudian dalam talian.

Advertisement

“Kami dapati mereka memang terbabit dalam mencari peralatan, logistik dan kemudahan Internet. Wujud elemen ‘scam’. Bagaimanapun, siasatan lanjut akan dilakukan bersama Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) dan Cawangan Khas,”

Dalam pada itu, laporan portal Gula Pop menerusi sumber asal dari Utusan Malaysia pula memaklumkan, pergerakan Macau Scam ini didakwa memperuntukkan wang berjumlah RM2 hingga RM4 juta sebulan untuk ‘dibelanjakan’ kepada pihak tertentu termasuklah pihak berkuasa dan individu berpengaruh.

Lebih mengejutkan, terdapat hampir 100 orang individu dipercayai menerima wang rasuah dari Datuk Seri tersebut.

“Ini termasuk individu berpengaruh, pegawai dan polis yang telah ditahan atau disiasat oleh SPRM. Wang itu ‘dibayar’ untuk melindungi jenayah Macau Scam dan perjudian dalam talian serta memberikan maklumat jika pihak berkuasa merancang serbuan,”

Untuk rekod, Leong sebelum ini difahamkan telah berjaya melarikan diri dengan memanjat pagar SPRM sebaik sahaja dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Sumber: Harian Metro, Utusan Malaysia, Gula Pop

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...