Datuk Seri ‘Macau Scam’ Nafi Terlibat Dalam Sebarang Kegiatan Jenayah

Trending

Datuk Seri ‘Macau Scam’ Nafi Terlibat Dalam Sebarang Kegiatan Jenayah

Selepas berjaya diberkas pihak berkuasa, tular pula di laman sosial apabila suspek utama penggubahan wang haram, Goh Leong Yeong atau Alvin Goh tampil berkongsi rakaman video dirinya mengaku tidak bersalah.

Menerusi video berdurasi 8 minit 39 sat itu, suspek khabarnya sudah bersedia untuk menyerah diri dan yakin bahawa undang-undang mampu membuktikan segala pertuduhan yang dilemparkan terhadapnya adalah tidak benar.

Advertisement

Untuk rekod, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sebelum ini mendedahkan, Alvin Goh berjaya ditangkap di sebuah residensi di sebuah pusat peranginan di Pahang, bersama seorang wanita warga China yang dipercayai merupakan teman wanitanya.

Dedahnya lagi, suspek yang didakwa merupakan koordinator kepada aktiviti Macau Scam di negara China itu ditahan selepas pihaknya menjalankan operasi mengesannya sejak 12 Oktober lalu.

Untuk rekod, suspek yang mengaku tidak pernah diberi gelaran Datuk Seri itu kini telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 117.

Sekadar informasi, Alvin yang mengaku keluar melalui pintu belakang bangunan SPRM kerana tidak dapat berfikir dengan baik memaklumkan kepada umum bahawa ketika video tersebut ditonton, beliau difahamkan telah pun menyerahkan diri kepada pihak berkuasa bagi membantu siasatan.

Sumber: Astro Awani

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...