Pereka fesyen terkenal, Datuk Rizalman Ibrahim dilaporkan telah mengambil keputusan untuk menutup sementara syarikat-syarikat miliknya selama dua minggu secara menyeluruh.
Perkara itu dilakukan Rizalman atas sebab keselamatan dan kesihatan para pekerjanya bagi mengurangkan potensi penularan jangkitan wabak COVID-19.
View this post on Instagram
Penutupan sementara itu diumumkan Rizalman menerusi sebuah hantaran di Instagram untuk pengetahuan peminat dan juga pengikut media sosialnya.
View this post on Instagram
“Biarlah kami laksanakan dahulu sebagai tanda sokongan untuk membasmi gejala ini demi kebaikan semua.” tulisnya di bahagian kapsyen hantaran tersebut.
Meninjau ruangan komen, ramai memuji tindakan Rizalman yang melakukan ‘total lockdown’ buat syarikatnya kerana dapat menjaga kemaslahatan pekerja gara-gara penularan wabak membunuh ini.
View this post on Instagram
Malah, ada di antara netizen yang turut berharapkan perkara yang sama terhadap majikan masing-masing.
“Terbaik! Company saya je masih beroperasi taknak tutup! Duit lagi penting daripada kesihatan..” luah seorang pengguna media sosial.