Bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi, Datuk Seri Adnan Abu atau Datuk Red meluahkan rasa syukur apabila trend parodi ‘Jamilah’ yang dilakukannya kini menjadi perhatian ramai dan membuka lebih banyak peluang rezeki.
Bercakap kepada mStar, Datuk Red berkata video meniru gaya pelakon Que Haidar itu bukan sahaja menerima maklum balas positif, malah menjadi punca dia menerima banyak tawaran reviu.

Alhamdulillah, saya dah minta izin dan mohon maaf pada Que. Maklum balas daripada video tersebut cukup positif.
Saya dapat banyak tawaran reviu selepas video viral. Que pun kata bagus, Datuk Adi Putra pun ada komen.
“Saya tak kisah digelar badut”
Adnan turut menjelaskan dia langsung tidak terasa hati apabila ada yang menuduhnya seperti badut kerana aksi keterlaluan dalam video parodinya. Sebaliknya, dia anggap semua itu hiburan sambil mencari rezeki halal.
Saya buat kandungan itu sekadar nak berseronok. Saya buat versi tak kacak dan tak kisah digelar badut.
Orang boleh cakap apa saja sebab niat saya nak cari rezeki. Kalau orang terhibur, saya pun gembira.
Menurutnya, ada syarikat dan pengasas produk yang kini berminat menggunakan khidmatnya untuk menghasilkan konten berimpak tinggi bagi menarik tontonan.

Datuk Red juga mengakui masih mempunyai hutang yang perlu diselesaikan, namun yakin rezeki sentiasa ada selagi dia terus berusaha.
Kadang-kadang syarikat atau pengasas nak views tinggi, jadi saya ambil peluang ini untuk tambah rezeki.
Saya ada banyak hutang yang perlu dijelaskan… tapi saya percaya aturan Allah.
Tularnya parodi tersebut kini bukan saja menghiburkan orang ramai, tetapi turut menjadi pintu rezeki baharu buat Datuk Red dalam meneruskan kehidupan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
