February 13th, 2017

Tentu anda semua kenal dengan Datuk Red bukan? Beliau merupakan suami kepada penyanyi Adira yang sebelum ini hangat juga dengan kontroversi beliau yang ingin “memikat” pelakon baharu, Ruhainies.

Setiap manusia itu pasti akan melakukan kesilapan dalam hidup mereka, menurut Datuk Red beliau kini sudah bertaubat dan berjanji tidak akan melukakan hati kedua isterinya lebih-lebih lagi selepas Adira melahirkan anak pertama mereka sekitar bulan Mac depan.

Malah, Datuk Red juga ingin memberikan fokus membesarkan tiga orang lagi anaknya bersama isteri pertama, Datin Red.

Kehidupan kami bahagia sekarang, saya sudah bertaubat dan berjanji tidak mahu buat hal lagi yang menyakitkan hati mereka (Adira dan isteri pertama). Saya mahu beri perhatian kepada zuriat-zuriat saya yang sedang membesar kerana saya seorang yang terlalu sayangkan anak dan tidak sabar menunggu kelahiran anak keempat saya.

Dalam pada itu, Datuk Red memberitahu beliau sudah mempunyai nama untuk bakal bayi perempuannya iaitu Anggerik.

Persiapan menyambut orang baru sudah siap sepenuhnya, namun saya beli kelengkapan secara ala kadar sahaja kerana tidak mahu berabis dan terlalu membazir. Nama pun saya sudah pilih iaitu Anggerik, saya suka nama klasik seperti ini kerana ia tidak terlalu panjang sehingga ‘berbelit’ lidah nak sebut.

Alhamdullillah kalau Datuk Red sudah ingin berubah ke arah yang lebih baik. Harapnya beliau akan terus berlaku adil kepada kedua-dua isterinya dan semoga rumah tangga mereka sejahtera.

Sumber Berita : mStar Online


Comments are closed.

Loading...