Baru-baru ini, usahawan dan personaliti media sosial, Datuk Red memuat naik satu video dengan meluahkan hasrat untuk menyertai kumpulan popular di YouTube iaitu Alieff Irfan Team (AI Team).
Datuk Red merayu nak masuk AI Team?
Luahan tersebut telah menarik perhatian ramai, lagi-lagi apabila Datuk Red atau nama sebenarnya, Adnan Abu dengan selamba merayu akan membenarkan dirinya menyertai AI Team dan meminta Alief untuk melonggarkan kriteria had umur yang ditetapkan.
Adik, selitkanlah abang walaupun umur abang ini dah separuh daripada kreteria adik tu. Abang boleh menari, berlari dan main bola keranjang.
@dato..red #aiteamsementara2025 ♬ original sound – abg red
Dalam pada itu, Datuk Red sempat berkata dirinya mahu menyertai AI Team kerana mahu menambah pendapatan yang kini sudah semakin berkurangan.
Netizen terhibur, dah melepasi had umur
Abang pun nak cari duit dik, kerja pun tengah tak berapa banyak sangat ni, ‘job’ pun tak berapa cantik. Boleh dik eh?
Meninjau di ruangan komen, netizen kebanyakannya terhibur melihat gelagat Datuk Red yang bersungguh-sungguh merayu mahu menyertai kumpulan tersebut biarpun sudah jauh melepasi had umur yang telah ditetapkan.