Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan mendedahkan dia bukan sahaja bakal kehilangan Adira, isteri keduanya tetapi juga isteri pertama, Datin Seri Sharifah Norshafika Hassim atau Datin Red.
Dua dua isteri tak sepakat, kebetulan
Dia bagaimanapun menegaskan bahawa keputusan kedua-dua isterinya memfailkan perceraian terhadapnya bukanlah satu pakatan atau rancangan mereka namun ia merupakan kebetulan.
Masing -masing ada hak sendiri dan itu permohonan mereka sendiri. Jadi saya tetap mahu mencuba mempertahankan. Mungkin orang lihat saya luaran masih boleh gelak ketawa tapi dalaman lelaki ini jenis lemah tapi tak nampak.
Mahu pertahankan
Tambah Datuk Red, dia nekad mahu mempertahankan kedua-dua perkahwinannya kerana tidak mahu kehilangan Adira dan Datin Red sekali gus apatah lagi kerana mereka mempunyai ramai anak.
Bayangkan tiba-tiba ada dua tapi boleh hilang dengan sekelip mata. Kalau kenangkan dulu, mungkin boleh cari perempuan lain tapi sekarang tidak, lebih-lebih lagi anak pun dah ramai.
Jadi saya mahu pertahankan apa yang ada. Saya juga manusia, lalai dan saya asyik minta maaf banyak kali tapi benda tetap berulang lagi (perpisahan). Biasalah dalam rumah tangga banyak berlaku perselisihan faham.
Untuk rekod, Datuk Red memiliki dua orang anak hasil perkahwinan pertamanya, lima anak bersama Datin Red dan empat cahaya mata bersama Adira. Secara keseluruhan, dia mempunyai 11 orang anak bagi semua perkahwinannya.
Terdahulu, keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Mahkamah rendah Syariah Gombak Barat menunjukkan proses tersebut gagal mendapat penyelesaian.
Mahkamah melanjutkan kepada proses Hakam yang akan berlangsung pada 24 April akan datang.