Bulan lalu kecoh dengan berita pergolakan rumah tangga Adira Suhaimi dan Datuk Seri Adnan Abu tau lebih dikenali sebagai Datuk Red apabila penyanyi itu memfailkan perceraian terhadap suaminya. Lama memendam perasaan, Adira ketika itu tegas dengan pendiriannya untuk berpisah.
Namun, kini nampaknya perkahwinan mereka masih boleh diselamatkan lagi dan berkemungkinan pasangan ini sedang dalam proses untuk menyelesaikan masalah mereka secara baik.
Terbaru, menerusi akaun Instagram, Datuk Red meluahkan rasa syukur kerana Adira dikatakan mahu menarik balik permohon cerai yang difailkan sebelum ini. Difahamkan, keputusan itu dibuat atas sebab anak-anak.
Terdahulu, Datuk Red berkata dia enggan berpisah dan ingin terus mempertahankan rumah tangga mereka. Dia masih sayangkan isteri dan anak-anaknya dan akan menggunakan peluang yang ada untuk menambat hati Adira semula.
Jika berita ini benar, syukurlah pasangan ini sudah cuba toleransi dan menyelesaikan masalah mereka. Apa-apa pun, kita tunggu kenyataan rasmi daripada Adira.
korok
November 15, 2019 at 10:12 am
ala datuk sayur gesel sikit trus x jadi cerai…..
Anonymous
November 15, 2019 at 9:06 am
kena berjuta kali tu kena apa ya? awak sedara adira ke?
Anonymous
November 15, 2019 at 9:05 am
kene berjuta kali tu kene ape ye? awk sedara adira ke?
Anonymous
November 15, 2019 at 8:30 am
bella astillah number 2. dah kena berjuta kali pun still nak terima balik
Anonymous
November 15, 2019 at 8:28 am
Buaya lapar…pandai pujuk..mangsa terpedaya