August 4th, 2015

Selepas empat tahun mendirikan rumah tangga, pelakon serta penerbit Datuk Rafiena Ezanee Ramli telah sah bercerai talak satu bersama ahli perniagaan Mazlan Abd. Hamid di Mahkamah Rendah Syariah semalam  selepas hakim Muhamad Hisyam Zakaria mengesahkan lafaz taklik secara lisan yang dibuat oleh Mazlah pada malam 3 Julai 2013 kira-kira jam 9.30 malam.

Ahli perniagaan tersebut mengakui pernah mengaibkan pelakon yang terkenal denga  drama Perempuan Dalam Pasungan itu di hadapan ibu beliau. Sebelum ini mahkamah menolak permohonan peguam syarie Musa Awang yang mewakili Datuk Rafiena supaya prosiding semalam dijalankan secara tertutup disebabkan kehadiran wartawan.

Hakim menolak permohonan itu dengan mengambil contoh kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berprofil tinggi turut dilakukan secara terbuka.

Datuk Rafiena memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai mengikut Seksyen 57 Enakmen Keluarga Islam (Selangor) 2003 pada Julai lalu.

Datuk Rafiena dan Mazlan telah mendirikan rumah tangga pada 10 Januari 2011 dan dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber Berita: Kosmo


Comments are closed.

Loading...