Datuk Lemas Ketika Selamatkan Dua Cucu Ditarik Ombak Di Pantai Irama

Kehidupan

Datuk Lemas Ketika Selamatkan Dua Cucu Ditarik Ombak Di Pantai Irama

Seorang datuk meninggal dunia ketika menyelamatkan dua cucunya yang dihanyutkan ombak di Pantai Irama, Bachok pagi ini.

Menurut Harian Metro, Rosli Yusof, 63, dari Kampung Paya Senang, Kota Bharu ke pantai tersebut bersama isteri, seorang anak dan dua cucunya.

Advertisement

Ketika kejadian jam 9.30 pagi itu, pesara kerajaan berkenaan telah turun ke pantai bersama cucunya untuk bermain air di kawasan hujung batu di pantai itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Mohd Azrie Sulaiman berkata, secara tiba-tiba cucunya telah ditarik ombak ke kawasan lebih dalam dan mangsa cuba menyelamatkan mereka.

Isteri dan anak mangsa yang berada di kedai berhampiran cuba membantu namun anaknya turut ditarik ombak.

datuk lemas ketika selamatkan dua cucu

Dua cucu dan anaknya berjaya diselamatkan orang awam dan  anggota Agensi Pertahanan Awam (APM) yang berada di tempat kejadian yang membawa mereka ke daratan.

Rosli bagaimanapun yang tidak sedarkan diri telah diberi bantuan awal kecemasan sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Daerah Bachok.

Sementara itu, isterinya, Zuraini Isa, 55, berkata arwah suaminya kerap menyebut tentang kematian sejak kebelakangan ini namun dia tidak berasa pelik akan hal tersebut.

Katanya, arwah asyik bercerita tentang rakan-rakan seusia yang sudah meninggal dunia dan dia tidak berasa pelik akan hal itu namun tidak menyangka itu adalah petanda suaminya akan pergi selamanya.

Rosli Yusof lemas selamatkan dua cucu

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

anggota APM jatuh dalam air keletihan selamat mangsa banjir
2 months ago

Bertugas Siang & Malam, Anggota APM Keletihan Terjatuh Dalam Air Ketika Selamatkan Mangsa Banjir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...