Datuk K Terkilan Foto Anaknya Tersebar

Hiburan

Datuk K Terkilan Foto Anaknya Tersebar

Malam semalam, seorang individu menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik foto seorang bayi sedang dipangku dan mengatakan bayi berkenaan adalah anak perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Advertisement

Foto tersebut menjadi viral dan ada pihak yang mengutuk tindakan invidu tersebut yang tidak menghormati privasi Siti Nurhaliza yang belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya kepada umum.

Menerusi satu kenyataan kepada portal BH ONLINE, Datuk K mengesahkan foto bayi tersebut adalah anak perempuan mereka. Walaubagaimanapun, beliau terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit yang menyebarkan foto anaknya itu.

Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.

Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas.

Dalam pada itu, Datuk K memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra hanyalah gelaran sementara anaknya. Beliau bakal mengumumkan nama sebenar dalam tempoh seminggu megikut sunnah nabi.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

212 Comments

  1. Gorges

    March 21, 2018 at 11:58 am

    Tu la kerja Astro. realiti prog anak kian membosankan …. anak Awal, anak Azril, anak Che Ta, anak Lisa, anak Tomok. Who is next? Please Astro. kalau takat nk tunjuk anak tu comel. Semua anak comel. Anak orang yang bukan artis pun. ada yg lebih comel. Klu Anak tak ada bakat, buang masa dan duit bayar Astro. Kalau Astro nk tolong artis cari duit, buat lah realiti prog artis yang dah veteran yang amat memerlukan duit. Artis muda ni loaded masih ada kederat nk usaha cari duit.

  2. Anonymous

    March 21, 2018 at 10:17 am

    boringnya bertabah la lepas ni tgk anak derang membesar plak dalam tv.. kucing ada kucing??? haaa masuk tv skali.. hahahaha.. mmg kitorang bayar astro untuk tgk anak2 korang ke????

    • Anonymous

      March 21, 2018 at 10:46 am

      ade kucing ok lah jgk… bole tgk kucing tu… dari dok ngadap anak retis tu dr mula smpi abis… lagi jenis anak retis tak lawa gigih promo anak lembam ckp… aishah tu petah jer ok lah jgk nk tgk…

  3. Gorges

    March 21, 2018 at 9:04 am

    Boleh SPRM cek ke? Nk tahu sapa gamaknya yg ambil foto tu. Bila dapat tahu sapa the culprit, aku nk buat press conference

    • huhu

      March 21, 2018 at 9:29 am

      komen ni buat aku gelak sorang2..

  4. mak cute

    March 21, 2018 at 8:40 am

    klo tak org dlm..adik beradik sedara mara ko yg sebar x jadi gak…kes org dlm la ni..xyah nak salah org lain…pi tanya tukang andam makcik bawang tu dr mana dia dpt gmbr tu…kan katanya dia org 1st yg dpt gmbr tu dr whatsap

  5. Gorges

    March 21, 2018 at 6:38 am

    Siti Nur Khadeeja, Khadijah, ,Khaleeda, khairiyah, Khalisya, Khayla???

Loading...