Malam semalam, seorang individu menerusi akaun Facebooknya telah memuat naik foto seorang bayi sedang dipangku dan mengatakan bayi berkenaan adalah anak perempuan Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.
Foto tersebut menjadi viral dan ada pihak yang mengutuk tindakan invidu tersebut yang tidak menghormati privasi Siti Nurhaliza yang belum bersedia untuk mendedahkan wajah anaknya kepada umum.
Menerusi satu kenyataan kepada portal BH ONLINE, Datuk K mengesahkan foto bayi tersebut adalah anak perempuan mereka. Walaubagaimanapun, beliau terkilan dengan sikap tidak bertanggungjawab individu terbabit yang menyebarkan foto anaknya itu.
Ya, itu memang gambar anak kami, takkanlah kami nak nafikan. Perkara ini berlaku di luar kawalan kerana ramai saudara-mara dan rakan yang datang menziarah Siti serta anak kami, hari ini.
Jujurnya, saya amat terkilan dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak yang menyebarkan gambar itu kerana kami sudah merancang untuk memaparkan wajah bayi kami dan mengumumkan namanya dalam satu majlis khas.
Dalam pada itu, Datuk K memaklumkan panggilan Fatimah Az-Zahra hanyalah gelaran sementara anaknya. Beliau bakal mengumumkan nama sebenar dalam tempoh seminggu megikut sunnah nabi.