January 15th, 2013

Tahukah anda yang Datuk Siti Nurhaliza sekarang ini sedang merehatkan diri daripada sebarang aktiviti sehingga bulan Mac 2013 untuk menjaga suaminya yang kemalangan baru-baru ini? Itu memang satu langkah yang wajar diambil oleh seorang isteri. Semoga pengorbanan Datuk Siti ini akan dibalas dengan limpahan rezeki.

siti litup

Masih bercerita tentang imej barunya, Siti memberitahu Mstar Online yang Datuk K sangat-sangat gembira dengan peralihan imej. Kata Siti:-

Advertisement

Suami saya adalah antara yang sangat gembira dengan peralihan imej Siti dan boleh dikatakan dia juga merupakan tunggak yang banyak menyokong kepada perubahan ini. Bagi Siti, ia adalah satu keikhlasan yang datang daripada diri dan berharap agar imej ini kekal sampai bila-bila.

siti litup

Suami mana yang tak gembira jika si isteri berhijrah ke arah kebaikan. Walaupun dalam kesakitan akibat kemalangan, Abang Nara pasti hati Datuk K sedang tersenyum riang melihat perubahan isterinya. Semoga dengan perubahan ini akan bertambah lagi kasih sayang di antara mereka berdua. Sama-samalah kita doakan.

Advertisement

Comments are closed.

Loading...