Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Datuk Jamal Abdillah Akui Sudah Bernikah Buat Kali Keempat

Hangat berita dimana ada yang mengatakan penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah sudah pun berkahwin. Enggan spekulasi liar terus berterusan, Datuk Jamal menerusi portal Harian Metro mengakui beliau sudah berkahwin buat kali keempat. Namun, beliau tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai pernikahannya itu.

Advertisement

Ya, saya sudah bernikah. Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih.

Menurut sumber kepada portal berita tersebut, Datuk Jamal dikatakan telah bernikah dengan seorang gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah kira-kira dua bulan lepas.

Datuk Jamal pada masa yang sama memberitahu majlis  yang berlangsung di kediamannya baru baru ini merupakan majlis tahlil untuk kedua arwah ibu bapanya serta majlis doa selamat sempena menyambut bulan Ramadhan serta berpindah ke rumah baharu. Ia sekaligus menafikan berita kononnya majlis tersebut diadakan sempena pernikahannya.

Advertisement

Datuk Jamal mendirikan rumah tangga buat kali pertama bersama Basariah Abdul Latiff pada 1988 dan bercerai pada tahun 1996. Kemudian beliau berkahwin dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani. Selepas itu, beliau bernikah pula dengan bersama Fatimatuzahra (bercerai Mei 2007) dan  dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top