Hangat berita dimana ada yang mengatakan penyanyi lagenda, Datuk Jamal Abdillah sudah pun berkahwin. Enggan spekulasi liar terus berterusan, Datuk Jamal menerusi portal Harian Metro mengakui beliau sudah berkahwin buat kali keempat. Namun, beliau tidak mahu mendedahkan maklumat lanjut mengenai pernikahannya itu.
Ya, saya sudah bernikah. Betul, saya dah nikah. Cukup setakat itu. Tak perlu tanya lebih-lebih.
Menurut sumber kepada portal berita tersebut, Datuk Jamal dikatakan telah bernikah dengan seorang gadis berusia 23 tahun berasal dari Kulim, Kedah kira-kira dua bulan lepas.
Datuk Jamal pada masa yang sama memberitahu majlis yang berlangsung di kediamannya baru baru ini merupakan majlis tahlil untuk kedua arwah ibu bapanya serta majlis doa selamat sempena menyambut bulan Ramadhan serta berpindah ke rumah baharu. Ia sekaligus menafikan berita kononnya majlis tersebut diadakan sempena pernikahannya.
Datuk Jamal mendirikan rumah tangga buat kali pertama bersama Basariah Abdul Latiff pada 1988 dan bercerai pada tahun 1996. Kemudian beliau berkahwin dengan Intan Noraina Mohd Yusof pada 2001 dan dikurniakan seorang anak iaitu Osama Yamani. Selepas itu, beliau bernikah pula dengan bersama Fatimatuzahra (bercerai Mei 2007) dan dikurniakan seorang anak, Ahmad Zaki Yamani.