Pelakon vateran, Datuk Jalaluddin Hassan meluahkan rasa kecewanya apabila sekali lagi dikatakan sudah meninggal dunia.
Ini bukan kali pertama beliau dikatakan sudah meninggal dunia, sebelum ini sekitar Oktober 2015, berita yang sama juga menjadi viral di Internet.
Jalaluddin menasihatkan agar pihak tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini berhenti mengelirukan orang ramai.
Saya terganggu kerana ia melibatkan orang tersayang, rakan-rakan dan peminat.
Saya sedar kita hidup hanya sementara sahaja di dunia ini. Hentikanlah perbuatan tidak bermoral ini, berita yang tidak ada jangan diada-adakan. Kasihanilah peminat-peminat saya.
Untuk pengetahuan anda, Jalaluddin masih lagi sihat dan baru sahaja pulang dari India selepas menjalani proses alihan suara untuk filem Kabali yang dibintangi oleh Rajnikanth.
Jalaluddin menyumbangkan suaranya bagi watak antagonis, Virasegaran dalam filem yang dijangkan bakal menjadi hit apabila ia ditayangkan di Malaysia tidak lama sahaja lagi.
Alahai, masih ada lagi kan mereka yang suka bermain-main dengan berita kematian orang lain. Dah tidak ada kerja lain hendak buat? Hmmph..