Datuk Ismadi Mengaku Taja Yasmin Khanif Untuk Hidup Mewah

Hiburan

Datuk Ismadi Mengaku Taja Yasmin Khanif Untuk Hidup Mewah

yasmin khanif ditaja

Yasmin Khanif, wanita yang pernah merelakan gelaran jalang untuk dirinya semalam muncul dalam Pancaindera menafikan bahawa dirinya ditaja. Kami rasa anda semua tahu yang si Yasmin Khanif ini tak sepopular mana pun. Filem Jalang lakonan dia pun tak berapa nak hot sangat. Tapi kami tetap mahu ceritakan kontroversi taja menaja ini.

Advertisement

Selama ini Yasmin menafikan yang gaya hidup mewahnya adalah kerana hidupnya ditaja.  Katanya memang ada seorang Datuk yang menaja modal awal filem Cempaka terbitan filemmnya. Tapi kata Yasmin, hubungan dia dan Datuk tersebut sekadar teman biasa sahaja.

Tetapi semalam di Pancaindera, muncul Datuk Ismadi yang mengakui bahawa dia menaja cara hidup mewah Yasmin Khanif. Kata Datuk Ismadi, dia bukan sahaja memberikan modal sebanyak RM200,000 untuk filem Cempaka terbitan syarikat Yasmin, tetapi turut menaja kereta dan rumah Yasmin. Banyak jugak duit Datuk ini rupanya.

yasmin khanif ditaja

Tapi jangan ingat Datuk Ismadi buat semua itu buta-buta sahaja. Semuanya dilakukan kerana cinta dan Yasmin sudah pun berjanji akan bertunang dengan Datuk Ismadi Disember lalu dan seterusnya bernikah pada Mac 2011. Anak sulung Datuk Ismadi turut menganggap ayahnya sebagai ‘suami angkat’ kepada selebriti sensasi itu. Atas isu ini, Datuk Ismadi meminta Yasmin Khanif membuat kenyataan maaf terbuka kepada beliau atau saman malu sebanyak RM5 juta bakal menyusul.

Macam-macam artis Malaysia nie. Daripada mencari tajaan Datuk-Datuk nie, baiklah korang cari tajaan Celcom ke, MyEG ke. Tak payah sampai kena kahwin. Nampaknya Yasmin nak taknak kena buat satu press conference sama ada untuk mengakui atau menidakkan hal ini. Kalau tak nampak gayanya kena carik Datuk lain lah untuk taja bayar saman malu RM5 juta. Hehehehe ~~

Gambar dan info kebanyakkannya dicedok dari RotiKaya.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...