Pelakon, Datuk Hans Isaac terpaksa menanguhkan majlis perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada 29 Julai ini kerana bapa tunangnya, Gabriella Robinson tidak dapat pulang ke Malaysia pada tarikh berkenaan.
Saya terpaksa menangguhkan perkahwinan kepada tarikh lain kerana bapa Gabrielle tidak dapat datang kerana terikat dengan kontrak di Austria.
Kami mungkin akan melangsungkan perkahwinan beberapa bulan lagi mengikut tarikh kesesuaian dan kekosongan hotel Majestic. Buat masa ini pihak hotel belum beritahu tarikh yang ada. Tapi ia akan berlangsung pada tahun ini juga.
Berbicara mengenai persiapan perkahwinan beliau, Datuk Hans memberitahu beliau berbelanja agak mewah untuk majlis perkahwinannya itu. Malah, beliau tidak menerima sebarang tajaan dan segala perbelanjaan ditanggung sendiri.