April 10th, 2019

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini mengumumkan pelakon dan pengarah, Datuk Hans Isaac dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 8 April.

Pelantikan itu sesuai dengan pengalaman Hans yang sudah berpuluh tahun dalam industri hiburan dan perfileman tempatna. Berita itu juga turut dikongsikan oleh Hans sendiri menerusi akaun Instagramnya.

Menerusi satu kenyataan di Harian Metro, Hans berkata beliau akan berusaha membangkitkan industri dan akan melaksanakan semua perancangan pembangunan. Tidak mahu cakap lebih tetapi akan berusaha mendapatkan hasil yang terbaik.

Hans pernah menerima pelbagai anugerah dalam industri perfileman tempatan dan Pengarah Urusan, Social 360 Sdn Bhd, sebuah syarikat yang terbabit dalam bidang keselamatan dan insurans. Terdahulu, beliau pernah menjadi Ahli Lembaga Penasihat FINAS dan Ahli Lembaga Persatuan Penerbit Filem Malaysia pada 2012.

Hans juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Institute of Commerce, Singapura dan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel dari Kolej Stanford, Malaysia.

Sumber Berita : Harian Metro


49 responses to “Datuk Hans Isaac Dilantik Pengerusi FINAS”

  1. mizdiva says:

    jadi Pengerusi Finas kena SUNAT dulu tak??!!

  2. iris says:

    sendiri up story kena lantik org kuat finas………..ada ke filem dia pecah panggung sampai juta2….rase nya ramai lagi layak dari mamat ni…Yusuf Haslam….tiara jaquelina ataupun erma Fatimah…just to name a few pon layak rase nya. harap lepas ni jgn senang2 nk komplen itu ini sb all info in your hands…..

    • Anonymous says:

      rasanya dia layaklah, sbb diakn bujang, bujang x byk kerja nk di buat sgt, jdi memegang jawatan ni dia byk kerjalah selepas ni. Org2 yg ko sebutkan tu mgkn ada dlm list, mana tahu mereka tak nak. Benda ni bukan terus pilih ada tapisan lah.

    • Anonymous says:

      shamsol yusuf lagi ler layak..abisla industri perfileman malaysia

  3. dalita says:

    kesianla Mamat Khalid, Aziz M. Osman, Datuk Yusof Haslam dan ramai lagi Pengarah2 yang berkakilebar…takpala tengokkan aja apa yang cik Hans ni nak capai selama 2 tahun atau just makan Elaun Pengerusi.

Loading...