March 7th, 2018

Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah kita mempunyai impian untuk hidup bersama, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac akui beliau masih lagi terluka dengan kisah putus tunangnya.

Hans terlalu kecewa kerana beliau begitu komited dan menyerahkan sepenuh jiwa dan raganya dalam perhubungan tersebut sedangkan pihak di sana bersikap sebaliknya.

Sakit itu ada lagi. Saya kecewa kerana setelah saya membuka pintu hati untuk serius dalam hubungan tetapi perkara tersebut tidak menjadi. Saya terpaksa memutuskan hubungan kerana pihak sana tidak memberi seratus peratus komitmen seperti yang telah saya berikan.

Hans Isaac bersama bekas tunangnya Gabriella Robinson

Tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengenali dan berkawan dengan mana-mana wanita, Hans bagaimanapun belum bersedia untuk kembali ke alam percintaan. Beliau memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk memulihkan hati yang telah terluka.

Sumber Berita : Utusan Online


15 responses to “Datuk Hans Isaac Akui Luka Putus Tunang Belum Sembuh”

  1. Anonymous says:

    eligible bachelor . i like

  2. Kepochi says:

    Nak yg 20 sumthing jer. Taula masih ganteng. Sepatutnya umo mcm Hans dah ada anak di sek.men or even kolej. Kawin lewat sgt takut tak sempat tgk anak grad nanti,

  3. Anonymous says:

    Ngadanye dia ni…. Ada jer ambik gambar dgn pompuan2 cantik…. X leh move on konon.
    Sebenarnye dia x nak orang kenen2 kan dgn neelofa…. betul tak?

    • Anonymous says:

      lopak dah 30thn ler… hans dah reject tak ingin nk balik… dia nk yg muda2 masih cantik ler…

  4. Pengkid says:

    I cadangkan Hans pergi masuk minang Norsajat … Coach Yin jadik pengapit

  5. Anonymous says:

    jangan jadi gay dah la, sbb tu makin ramai geng kunyit sbb kecewa dgn prempuan.

Loading...