Bukan mudah untuk melupakan seseorang yang pernah kita mempunyai impian untuk hidup bersama, pelakon dan penerbit Datuk Hans Isaac akui beliau masih lagi terluka dengan kisah putus tunangnya.
Hans terlalu kecewa kerana beliau begitu komited dan menyerahkan sepenuh jiwa dan raganya dalam perhubungan tersebut sedangkan pihak di sana bersikap sebaliknya.
Sakit itu ada lagi. Saya kecewa kerana setelah saya membuka pintu hati untuk serius dalam hubungan tetapi perkara tersebut tidak menjadi. Saya terpaksa memutuskan hubungan kerana pihak sana tidak memberi seratus peratus komitmen seperti yang telah saya berikan.

Hans Isaac bersama bekas tunangnya Gabriella Robinson
Tidak mempunyai sebarang masalah untuk mengenali dan berkawan dengan mana-mana wanita, Hans bagaimanapun belum bersedia untuk kembali ke alam percintaan. Beliau memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk memulihkan hati yang telah terluka.