January 20th, 2016

Agak kecoh juga apabila berita Zizan Razak yang didakwa mempunyai hubungan bersama Vie Santie iaitu bekas isteri kepada Datuk Eizlan Yusof mula tersebar. Ada yang berpendapat mereka tidak sesuai bersama dan ada juga pihak tidak mempercayai berita itu benar dan ingin mendapatkan kepastian daripada Zizan sendiri.

Namun, Zizan nampaknya enggan memberikan sebarang butiran lanjut mengenai status sebenar hubungan beliau bersam Vie Santie.

Ekoran gosip tersebut, pihak media ada bertanya kepada Eizlan Yusof mengenai perkara berkenaan dan menurut pelakon itu bekas isterinya mempunyai hak untuk memulakan hidup baharu dan gosip percintaan Vie bersama Zizan sama sekali tidak akan menjejaskan hubungan beliau dan bekas isterinya itu.

Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut.

Eizlan Yusof sebelum ini ada meluahkan hasrat untuk memujuk semula Vie Santie dan mengakui masih sayangkan beliau. Menurut Eizlan, hasratnya itu agak sukar untuk terlaksana kerana ia memerlukan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak.

Memang itu yang saya harapkan, tetapi kena faham ini semua perlukan persetujuan kedua belah pihak, saya dan dia. Apa yang perlu mereka di luar sana faham, permintaan ini perlukan persefahaman. Seperti yang saya katakan tadi, dia juga mempunyai hak untuk menentukan kehidupannya selepas kami tidak lagi bergelar suami isteri.

Beberapa sumber mengatakan,  hubungan Zizan dan Vie sebelum ini cuma berdasarkan bisnes semata-mata, tetapi keserasian antara mereka membuatkan mereka berdua semakin rapat.

Daripada komen Eizlan Yusof boleh nampak yang beliau sememangnya masih sayangkan Vie Santie, tidak apalah kalau betul ada jodoh untuk mereka bersama semula sebagai suami isteri, inshaAllah ada harapan lagi. Jika tidak, doakan sahaja kebahagiaan masing-masing.

Sumber Berita: Utusan Online


Comments are closed.

Loading...