Datuk ‘Benz’ Pukul Pengawal Keselamatan Kerana Kunci Tayar Kereta, Dicari Polis

Trending

Datuk ‘Benz’ Pukul Pengawal Keselamatan Kerana Kunci Tayar Kereta, Dicari Polis

Seorang pengawal keselamatan, Ramaraj A/L Thangaraj, 43, telah membuat laporan polis mengenai seorang penghuni sebuah kondominium berpangkat ‘Datuk’ yang memukulnya dengan batang pemotong besi kerana pengawal itu mengunci tayar keretanya.

datukroyananDalam kejadian yang berlaku 4 Jnauari lepas di ruang lobi Kondominium Delima Palace yang terletak di Jelutong, Pulau Pinang, serangan yang dilakukan oleh Datuk itu telah menyebabkan dia mengalami kecederaan di kepala, leher, tangan kiri dan pinggang.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata kejadian berlaku apabila suspek berang selepas mendapati kenderaannya yang diletakkan di lobi kondominium berkenaan dikunci.

Suspek kemudian bertindak memotong sendiri alat pengunci kenderaan terbabit, sebelum kejadian itu dirakamkan mangsa menggunakan telefon bimbit. Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Bagaimanapun, ketika sedang merakamkan kejadian berkenaan, mangsa dipukul sehingga mengalami cedera ringan di beberapa bahagian badan.

15966289_1705035963068887_979493878110999952_n
15965762_1705036066402210_8162388523235377633_n

15977872_1705036043068879_6014444328688711769_n

16003182_1705036009735549_8837107461427553889_n

Video yang berdurasi 40 saat dirakam oleh Ramaraj kini viral di media sosial. Netizen berbilang bangsa bersatu mengutuk serangan terhadap Ramaraj dan menyifatkan Dtauk itu sebagai biadap.

screen-shot-2017-01-16-at-2-26-42-pmSehubungan itu, polis kini sedang memburu datuk yang menyerang Ramaraj dan siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.-amazingnara.com

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...