Datuk Bandar Itali Bertukar Menjadi ‘Gangster’ Nasihatkan Penduduk Yang Masih Berdegil Keluar Dari Rumah

COVID-19

Datuk Bandar Itali Bertukar Menjadi ‘Gangster’ Nasihatkan Penduduk Yang Masih Berdegil Keluar Dari Rumah

Itali kini seperti berada di dalam satu medan peperangan dalam membanteras penularan wabak COVID-19 buat masa ini. Setiap hari, angka kes yang diterima semakin meningkat di dalam jumlah yang sangat tinggi. Setakat ini sahaja,6,077 kes kematian telah direkodkan di Itali dengan jangkitan sebanyak 63,928 kes.

Walaupun sudah menerima perintah ‘lockdown’ selama 14 hari yang mungkin akan dilanjutkan lebih lama, masih ada penduduk Itali yang ingkar pada arahan tersebut. Itali kini menjadi negara kedua dengan kes COVID-19 paling teruk di dunia dan rakyat Itali masih belum sedar dengan keadaan itu sehingga membangkitkan kemarahan pihak atasan.

Advertisement

Masih ada penduduk Itali yang berkeliaran di luar pada masa kerajaan mereka berjuang mati-matian bagi membendung wabak ini. Untuk pengetahuan anda, keadaan sangat kritikal di Itali sehinggakan pesakit yang berusia 80 tahun dan ke atas tidak akan dirawat kerana terlalu ramai pesakit yang perlu diutamakan.

Baca: Pesakit COVID-19 Yang Berusia 80 Tahun Ke Atas Tidak Akan Dirawat Di Itali

Di dalam video yang dikongsikan itu, pegawai atasan kerajaan seperti Datuk Bandar tidak lagi berlembut dalam menasihatkan penduduk mereka yang masih lagi tidak ‘faham bahasa’. Keadaan ini jelas menunjukkan sikap degil sesetengah individu yang mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan keselamatan yang lain.

Diharapkan situasi seperti ini tidak akan berlaku di Malaysia pada saat semua pihak bersama-sama berjuang bagi membendung penularan wabak ini. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh KKM setakat ini, Malaysia kini merekodkan 1518 kes jangkitan dengan 14 kematian setakat ini.

Artikel berkaitan: Presiden Russia Selesaikan Masalah Penjualan Topeng Pada Harga Tinggi Dengan Satu Langkah Drastik

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...