Datuk Awie Dipanggil Ambil Keterangan Selepas Didakwa Langgar SOP

Berita

Datuk Awie Dipanggil Ambil Keterangan Selepas Didakwa Langgar SOP

Kali ini penyanyi dan pelakon, Datuk Awie pula dipanggil untuk diambil keterangan selepas dakwaan melanggar prosedur operasi standard (SOP) dalam satu majlis.

Menurut laporan Harian Metro, sebelum ini tulat di media sosial video berdurasi kirang seminit memaparkan Awie dan beberapa individu tidak memakai pelitup muka.

Advertisement

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Asisten Komisioner Mohd Sukri Kaman berkata bahawa pihak mereka telah menerima laporan polis tengah hari tadi tentang pelanggaran SOP berkenaan ketika menjalayakan majlis misi kemanusiaan.

Penganjur dan juga beberapa individu yang turut terbabit akan dipanggil dalam masa terdekat bagi membantu siasatan.

Kesemua yang terbabit dalam kes ini termasuk penganjur program akan dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah untuk diambil keterangan.

Siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri untuk sebarang keputusan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 21A Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Kawalan Pergerakan Pemulihan) No. 3, 2021.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...