“Datuk Asraf Azman Tu Bod*h!” – Intan Najuwa Buat Laporan Polis, Diganggu Individu Tidak Dikenali

Hiburan

“Datuk Asraf Azman Tu Bod*h!” – Intan Najuwa Buat Laporan Polis, Diganggu Individu Tidak Dikenali

Pelakon Datin Intan Najuwa akhirnya hilang sabar selepas mendakwa menjadi mangsa gangguan seorang individu tidak dikenali yang berlarutan sejak beberapa bulan lalu.

Menerusi satu hantaran di aplikasi Threads, Intan memaklumkan bahawa dia telah mengambil tindakan undang-undang dengan membuat laporan polis berhubung gangguan tersebut.

Advertisement

datin intan najuwa

“Guys, tak payahlah layan orang gila dekat thread tu okay. Saya dah pun buat laporan polis dan orang di sebalik akaun tu sebenarnya adalah seorang lelaki.”

Pelakon drama Racun Rihanna itu turut mendakwa individu berkenaan sengaja mencipta pelbagai akaun media sosial bagi membuli serta memprovokasi dirinya secara berterusan.

datin intan najuwa

“Dia dah kacau saya berbulan-bulan dah. Bukan setakat dia buat banyak akaun palsu untuk spam dan kacau saya.”

Menurut Intan lagi, gangguan tersebut bukan sahaja berlaku di media sosial malah turut melibatkan panggilan telefon yang didakwa dibuat berulang kali.

“Dia siap berani telefon pejabat Kelab Polo tak henti-henti bila dia tahu saya ada dekat sana semata-mata nak ganggu saya. Benda ni jadi hampir setiap hari.”

Susulan situasi tersebut, Intan memutuskan untuk menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa bagi tindakan lanjut.

“Jadi, saya dah buat keputusan untuk biarkan pihak berkuasa pula yang uruskan hal ni sekarang.”

Sebelum ini, tular di media sosial apabila seorang individu secara terbuka melemparkan pelbagai tuduhan terhadap pelakon itu, termasuk mendakwa Intan sering ‘menyusahkan’ dan kerap meminta barangan mewah serta hadiah daripada suaminya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Fattah amin fatima
2026-03-09 10:24:40

"Tak Sangka Fatima Boleh Rakam Lagu Duet Dengan Mommy, Cutelah" - Fattah Amin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...