Tentu anda semua tahu sebelum ini pengasas produk kosmetik ada memuat naik video Live mengenai pembantu rumahnya yang ditangkap mencuri wang tunai dan beberapa barang berharga miliknya dan isteri. Kerana tidak sampai hati, Datuk Aliff bagaimanapun tidak melaporkan hal tersbeut kepada pihak polis, malangnya pembantu rumah beliau yang cukup pandai bersandiwara itu melarikan diri.
Apabila kes pembantu saya mencuri saya memang naik marah dan mereka merayu untuk tidak dihantar polis. Saya termakan pujuk rayu atas dasar balas kesian sesama manusia. Tetapi bila mereka bertiga dan seorang lelaki iaitu suami salah seorang daripada mereka sebagai tukang kebun pun turut berkerjasama untuk mencuri wang, jam dan cincin saya bernilai RM100k, saya tidak lagi percaya pada bibik yang gaya bak malaikat.
Saya tekad melaporkan perkara ini pada polis walapun saya tidak sampai hati. Saya menyeru polis menangkap dan membenteras mereka yang sedang berlegar-legar di sini supaya tidak ada lagi orang yang terkena nasib seperti saya. Telefon saya yang lama juga hilang anda boleh menghubungi nombor telefon pengurus saya di profile jika ada sebarag urusan yang serius.
Menerusi video di akaun Facebooknya, Datuk Aliff menawarkan ganjaran wang tunai RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang dapat memberikan maklumat sehingga pembantu rumahnya yang lari itu tertangkap.
Beliau juga menerusi akaun Instagramnya ada memuat naik foto pembantu rumah tersebut yang kini dikehendaki.
Ini adalah peluang untuk sesiapa sahaja yang ingin menolong Datuk Aliff dan pada masa yang sama mendapat ganjarannya.