Datuk Aliff Syukri Menang Kes Mahkamah, Bebas Tuduhan Video Sumbang ‘Kelepok Raya’

Hiburan

Datuk Aliff Syukri Menang Kes Mahkamah, Bebas Tuduhan Video Sumbang ‘Kelepok Raya’

Usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen hari ini daripada empat pertuduhan memuat naik kandungan video sumbang “Kelepok Raya” yang tular tiga tahun lalu.

Keputusan itu dibuat Hakim Ahmad Fuad Othman selepas meneliti hujahan tambahan kedua-dua pihak.

Advertisement

Aliff Syukri, 38, sebelum ini didakwa memuat naik empat kandungan video berunsur sumbang di Instagram miliknya pada 13, 15, 17 dan 21 April 2022 dengan niat menyakiti hati orang lain.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan denda maksimum RM50,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya.

Kelepok raya aliff syukri bebas

Untuk rekod, muzik video berdurasi 5 minit 23 saat itu pernah mencetuskan kontroversi kerana menampilkan aksi keterlaluan beberapa penari lelaki lembut yang dianggap mencemari sambutan Aidilfitri serta dikaitkan dengan elemen LGBT.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

zarina anjoulie
2025-08-27 14:01:24

"Sian Netizen B*do Kena Tipu" - Foto Zarina Anjoulie Di Pejabat SKMM Curi Tumpuan Ramai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.