Datuk 70 Tahun Kahwin Buat Kali Kesembilan Dengan Janda 28 Tahun

Trending

Datuk 70 Tahun Kahwin Buat Kali Kesembilan Dengan Janda 28 Tahun

Seorang lelaki 70 tahun dari kepulauan Jawa, Indonesia, baru-baru ini mengahwini wanita 28 tahun, hanya empat bulan setelah menemui wanita itu dalam Hutan Saradan di Jawa Timur.

Menurut Surabaya Tribune News, pasangan itu bertemu sewaktu wanita itu, Reda Vadela sedang menanam jagung. Manakala lelaki itu, sedang mencari kayu di hutan.

Advertisement

Vadela meminta Radi memberikannya sedikit air kerana haus dan sejak itu mereka sering berbual.

Sejak pertemuan kali pertama, Radi selalu melawat ke rumah Vadela dan mereka berdua menjadi rapat, lapor China Press.

Radi dan Vadela melangsungkan pernikahan pada 27 November 2019 setelah menerima restu dari kedua-dua ahli keluarga mereka.

SURYAtv melaporkan bahawa ini ialah perkahwinan kesembilan buat Radi.

Perkahwinan mereka berlangsung ringkas di Dewan Kampung Krajan dan Radi hanya memberi mas kahwin sebanyak RM 15, lapor Solopos.

Hanya ahli keluarga rapat dijemput ke majlis perkahwinan mereka.

Pada mulanya warganet berspekulasi Vadela hanya mahukan harta Radi. Bagaimanapun spekulasi itu lenyap bila mereka mengetahui mas kahwin Vadela hanya 50,000 rupiah (RM 15).

Vadela berkata walaupun perbezaan umur mereka ketara, dia tidak rasa malu, malah rasa gembira dapat mengahwini Radi.

Vadela yang hanya berpendidikan sekolah rendah berkata dia mahukan lelaki yang matang dan berpengalaman dan Radi sempurna buatnya.

Temubual pemberita dengan Radi dan Vadela boleh ditonton di sini:

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...