Dato Vida Minat Bida Plat VIP 1 & VIP 6, Untuk Kereta Bugatti Veyron Anak. Wow!

Trending

Dato Vida Minat Bida Plat VIP 1 & VIP 6, Untuk Kereta Bugatti Veyron Anak. Wow!

Jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman bercita-cita untuk membida nombor pendaftaran ekslusif VIP 1 dan VIP 6 untuk kereta mewah Bugatti Veyron buat anak lelakinya yang berumur 9 tahun.

Advertisement

Jutawan itu bagaimanapun enggan mendedahkan jumlah bidaan yang akan dibuat untuk dua nombor itu.

Kosmo! melaporkan, Vida berkata anaknya, Muhammad Eric Zaquan meminati kereta lumba mewah itu, yang juga merupakan antara kereta mewah yang terlaju di dunia.

Vida berkata, anaknya, Muhammad Eric Zacquan, 9, mempunyai cita rasa tinggi dengan meminati kereta sport Bugatti Veyron yang merupakan antara kenderaan terlaju di dunia.

Kereta itu boleh ‘pergi’ 407 km/j dan dijual dengan harga AS$3.6 juta (RM14.5 juta) dan hanya 150 buah sahaja kereta itu wujud di dunia.

“Muhammad Eric melakukan carian sendiri di komputer terhadap kenderaan tersebut sebelum menyuarakan impiannya itu kepada saya mengenai kereta sport berkenaan.

“Jadi saya melihat nombor pendaftaran VIP ini uni dan bersesuaian sekiranya dapat diletakkan pada Bugatti Veyron yang diminati anak saya,” katanya kepada akhbar itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...