Dato Vida Luah Rasa Kesal Terhadap Hotel 6 Bintang Ini, Tandas Cukup Mewah Tapi Surau Sempit Dan Kecil

Trending

Dato Vida Luah Rasa Kesal Terhadap Hotel 6 Bintang Ini, Tandas Cukup Mewah Tapi Surau Sempit Dan Kecil

Beberapa hari lalu viral di laman sosial apabila satu video yang dimuatnaik oleh pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Vida. Beliau luahkan kekesalan dengan kemudahan surau sebuah hotel enam bintang di Kuala Lumpur.

Advertisement

Katanya, surau yang disediakan oleh pihak hotel terlalu kecil, panas tiada penghawa dingin dan terdapat aliran paip yang keluar. Namun berbeza dengan tandas yang disediakan pihak hotel, begitu mewah sehingga boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa.

Beliau memuatnaik video itu dengan kapsyen berbunyi “Sedihhh..Semewah mewah hotel 5 bintang.. Suraunyer. .YaAllah… Tapi bila ke tandas . Tempat melepas.. Mewahh pula..”

Dari komen yang diturunkan, ramai menyokong tindakan Dato Vida ini kerana prihatin dengan pendedahan ini. Ada juga yang menyatakan plan yang hotel adalah daripada pihak arkitek, pihak hotel cuma ikut apa yang disiapkan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...