Beberapa hari lalu viral di laman sosial apabila satu video yang dimuatnaik oleh pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Dato Vida. Beliau luahkan kekesalan dengan kemudahan surau sebuah hotel enam bintang di Kuala Lumpur.
Katanya, surau yang disediakan oleh pihak hotel terlalu kecil, panas tiada penghawa dingin dan terdapat aliran paip yang keluar. Namun berbeza dengan tandas yang disediakan pihak hotel, begitu mewah sehingga boleh memuatkan ramai orang dalam satu masa.
Beliau memuatnaik video itu dengan kapsyen berbunyi “Sedihhh..Semewah mewah hotel 5 bintang.. Suraunyer. .YaAllah… Tapi bila ke tandas . Tempat melepas.. Mewahh pula..”
Dari komen yang diturunkan, ramai menyokong tindakan Dato Vida ini kerana prihatin dengan pendedahan ini. Ada juga yang menyatakan plan yang hotel adalah daripada pihak arkitek, pihak hotel cuma ikut apa yang disiapkan.