January 1st, 2012

Malam semalam, gosip hangat yang berlegar di Internet ialah Dato’ Siti Nurhaliza dikatakan memberitahu pada penonton-penonton televisyen Singapura selepas persembahan tahun baru di negara itu yang dia telah mengandung. Ramai yang mengucapkan tahniah dan ramai juga yang berspekulasi yang ianya hanya khabar angin. Tetapi perkara yang tidak dapat disangkal tentang kemudahan masa kini, laman sosial membolehkan peminat berkomunikasi secara langsung dengan selebriti kegemaran mereka dan bertanya sendiri tetang kesahihan sesuatu berita itu. Dato’ Siti Nurhaliza telah menafikan yang dia telah mengandung melalui Twitternya beberapa jam lepas:-

Kami kira ini hanya salah faham sesetengah pihak berkenaan kenyataan Dato’ Siti. Dia khabarnya hanya berkata dia berharap untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012. Tapi tak kisahlah, kami berharap hajat Dato’ Siti yang melangsungkan perkahwinan dengan suami, Datuk Seri Khalid pada tahun 2006 untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012 akan menjadi kenyataan. Doakan yang terbaik saja.


27 responses to “Dato’ Siti Nurhaliza Nafi Mengandung”

  1. hehehe says:

    pd aku mslah nie terjadi coz siti tak mahir berbahasa inggeris…senang citer la kalo siti tak nak improvekan b.i dia apa kata dia ambik seorg penterjemah b.i…kalo dia bt show mn2 yg perlukan dia ckp dlm b.i biar penterjemah dia yg terjemahkan….tak de la nak memalukan diri sendiri…pd pdgan aku lar

  2. win says:

    dah tu tak payah lah kuar statement macam tu….jika betul pun semua peminat sure happy dengan news tu….. kalau tak pun blum ada rezeki redha dengan ketentuanya….

  3. she says:

    pravita
    Obviously she made everyone confused especially the malaysia media with her improper answer. Check it out before disagree with MY COMMENT

  4. she says:

    pravita and min, do some homework before u comment, u guys at the event?

  5. bujang says:

    semoga Dato CT akan dikurniakan cahaya mata …..
    kekadang cian jugakkkk…..sabarlah mungkin ujian Allah, rezeki pasti ada nanti.
    mungkin dgn. kehadiran cahayamata akan merubah kehidupannya……sama2lah kita doakan.

Loading...