January 1st, 2012

Malam semalam, gosip hangat yang berlegar di Internet ialah Dato’ Siti Nurhaliza dikatakan memberitahu pada penonton-penonton televisyen Singapura selepas persembahan tahun baru di negara itu yang dia telah mengandung. Ramai yang mengucapkan tahniah dan ramai juga yang berspekulasi yang ianya hanya khabar angin. Tetapi perkara yang tidak dapat disangkal tentang kemudahan masa kini, laman sosial membolehkan peminat berkomunikasi secara langsung dengan selebriti kegemaran mereka dan bertanya sendiri tetang kesahihan sesuatu berita itu. Dato’ Siti Nurhaliza telah menafikan yang dia telah mengandung melalui Twitternya beberapa jam lepas:-

Kami kira ini hanya salah faham sesetengah pihak berkenaan kenyataan Dato’ Siti. Dia khabarnya hanya berkata dia berharap untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012. Tapi tak kisahlah, kami berharap hajat Dato’ Siti yang melangsungkan perkahwinan dengan suami, Datuk Seri Khalid pada tahun 2006 untuk menjadi seorang ibu pada tahun 2012 akan menjadi kenyataan. Doakan yang terbaik saja.


27 responses to “Dato’ Siti Nurhaliza Nafi Mengandung”

  1. Reena says:

    Kata blajar english dgn Dato’ Mahadzir Lokman..ke blajar separuh jln jek sbb bz..dk tu takkanlah tak leh ajar bini dia..i bet anak2 tiri ct pun leh speaking kan so apa masalahnye..environment dia pun bukanlah melayu abis kan..wat malu kena bahan jer..

Loading...