Dato’ Seri Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

Hiburan

Dato’ Seri Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

Pengusaha kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida khabarnya sedang mencari lelaki kacak bagi mengisi jawatan pembantu peribadi yang baharu.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram miliknya, DS Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman ada membuka jawatan kosong pembantu peribadi dipercayai bagi menggantikan ‘orang lama’.

Advertisement

Dia yang sebelum ini gagal dalam usaha membina mahligai bahagia bersama bekas pembantu peribadi, Iqbal Zulkefli turut menyenaraikan syarat-syarat pada mereka di luar sana yang ingin cuba memohon jawatan tersebut.

Menawarkan gaji yang lumayan iaitu RM10,000 sebulan, Vida menetapkan pembantu peribadi yang dicari mestilah seorang lelaki bujang dan wajib kacak.

“Wajib handsome ya, untuk perempuan ada jawatan lain, boleh tengok IG Story saya..” ujar Vida.

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat malah rakan artis tidak ketinggalan untuk mencuba nasib menjadi pembantu peribadi baru DS Vida seperti Shuib Sepahtu.

Ada yang ingin nak cuba ke? Yang penting kena kacak ya!

DS VIDA
3 years ago

Dah 'Move On', DS Vida Dah Tak Peduli Bekas Kekasih Cari Wanita Lain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...