“Dato’ Seri Vida Tangguh Taja Kelantan Musim Depan” – KAFA

Trending

“Dato’ Seri Vida Tangguh Taja Kelantan Musim Depan” – KAFA

Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dan penaja utama pasukan Kelantan, Vida Beauty Sdn Bhd bersetuju untuk menangguhkan sementara penajaan pada saingan Liga Malaysia musim depan.

Advertisement

Presiden KAFA, Tan Sri Annuar Musa berkata, keputusan itu dibuat dalam pertemuan pihaknya dengan pemilik syarikat itu, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang juga dikenali sebagai Dr Vida, baru-baru ini.

“Datuk Seri Vida (Hasmiza) yang mahu menangguhkan sementara penajaan tersebut dan bukan membatalkannya,” katanya.

Annuar berkata, sekiranya syarikat itu mahu menyambung kembali tajaannya pada Liga Malaysia 2018, segala perjanjian dalam kontrak penajaan tersebut masih terpakai.

“KAFA amat berterima kasih kepada syarikat tersebut di atas tajaan yang diberikan sepanjang tahun ini, walaupun persatuan terpaksa mencari kaedah lain dalam menampung beberapa kos selepas ini,” katanya.

Beliau berkata, KAFA sentiasa menjaga hubungan baik dengan pihak penaja dan cuba mengelakkan konflik kerana ia tidak menguntungkan.

Katanya, KAFA sedang berunding dengan beberapa penaja untuk menaja pasukan Kelantan pada musim akan datang.

Akhbar sebelum ini melaporkan Vida Beauty mempertimbangkan untuk tidak menaja pasukan Kelantan pada Liga Malaysia musim depan.

Mengikut perjanjian asal, syarikat itu masih mempunyai kontrak penajaan setahun lagi dengan pasukan berkenaan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...