Dato Seri Vida Taja Nizam Laksamana Tunaikan Umrah

Hiburan

Dato Seri Vida Taja Nizam Laksamana Tunaikan Umrah

Semalam perjuangan Nizam Laksamana di Gegar Vaganza 2 telah terhenti apabila beliau di singkirkan pada konsert minggu ke 6 tersebut. Ditanya mengenai apa perancangannya selepas Gegar Vaganza, Nizam ada meluahkan hasratnya untuk mengerjakan umrah pada penghujung tahun ini.

Advertisement

Walaupun beliau tersingkir nyata rezeki masih berpihak kepadanya apabila Dato Seri Vida dengan ikhlas ingin menaja Nizam ke tanah suci Mekah. Berita itu agak mengejutkan Nizam tetapi beliau bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada pengasas produk Qu Puteh itu kerana melaksanakan impiannya.

Saya merasakan inilah kemenangan sebenar yang telah saya kecapi. Walaupun tersingkir, saya telah diberikan rezeki yang lebih baik.

Sebaik sahaja Datuk Seri Vida memberitahu yang dia mahu menaja saya dan isteri mengerjakan umrah pada hujung tahun ini, saya terkejut dan tidak mampu berkata apa-apa.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beliau kerana telah merealisasikan impian saya untuk menjejakkan kaki di tanah suci.

Itulah, kebanyakkan orang hanya tahu mengkritik Dato Seri Vida berdasarkan luarannya sahaja tetapi tiada siapa tahu betapa mulianya hati beliau.  Nyata, beliau seorang yang tidak kedekut ataupun lupa diri meskipun sudah berjaya. Besar pahala beliau bukan?

Sumber Berita: Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...